Doa Majlis Perasmian Program Dalam Rumi & Terjemahannya

Doa majlis perasmian program atau doa pemuka majlis merupakan amalan yang digalakkan dalam Islam.

Imam an-Nawawi Rahimahullah Ta‘ala menyebutkan bahawa antara akibat daripada sesuatu majlis yang kosong daripada mengingati Allah SWT itu adalah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Tiada satu kaum pun apabila mereka berdiri (meninggalkan) daripada suatu majlis, mereka tidak mengingati Allah SWT di dalamnya, melainkan mereka berdiri (bersurai) seumpama bangkai keldai dan bagi mereka itu suatu kerugian.” – (Hadis riwayat Abu Daud)

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan doa majlis perasmian program yang boleh anda

Baca juga:

Doa majlis perasmian program 1

doa majlis perasmian program

“Ya Allah, Ya Tuhan kami, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kami berhimpun pada hari ini berdoa memohon rahmat dan hidayah dari-Mu.

Semoga dengan rahmat itu, Engkau berikan petunjuk kepada kami, Engkau perkukuhkan perpaduan kami, Engkau memperbaiki urusan Agama dan dunia kami.

Ya Allah, Ya Tuhan kami yang memiliki segala kekuasaan dan kemuliaan, kurniakanlah taufik dan hidayahMu kepada kami, restuilah perancangan kami, bimbinglah kami dengan petunjukMu yang berterusan.

Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang lurus dan benar yang membawa kepada ketenteraman dan kesejahteraan. Hindarkanlah kami sekalian dari segala mala petaka dan sifatsifat yang keji.

Selamatkanlah kami sekalian dari perselisihan yang boleh membawa perpecahan dan kebinasaan.

Anugerahkanlah kepada kami kekuatan dan keupayaan untuk merangka strategi dan dasar negara bagi mencapai kecemerlangan dan kesejahteraan serta matlamat wawasan sebagaimana yang kami.”

Doa majlis perasmian program 2

بسم الله الرحمن الرحيم

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،

وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةٍ وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةٍ وَقِنَا عَذَابًا النَّارِ. وَصَلَّى الله ُعَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَسَلَّم

 وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن

Ya Allah ya Tuhan kami
Kami ingin merafakkan kesyukuran kepadaMu atas pertemuan kami pada hari ini
Jadikanlah kami hamba-hambaMu ini sentiasa bersyukur terhadap rezeki dan kurniaanMu
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Memberi

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami berhimpun hari ini untuk menjayakan majlis (sebutkan nama majlis)
Maka kau permudahkanlah majlis ini supaya ia berjalan dengan lancar

Kami ingin menimba ilmu sebanyak mungkin supaya kami mampu memperkembangkan potensi kami sehingga menjadi hambaMu yang Kau reda Ya Allah
Kurniakanlah ilmu kepada kami
Sinarilah hati-hati kami dengan hidayahMu
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Ya Zal Jalali Wal Ikram
Hadiahkanlah kepada kami kesihatan badan, kecerdasan minda, ketenangan jiwa dan kekuatan semangat

Kami memohon kepada Engkau Ya Allah
Bantulah kami dalam menghadapi segala cabaran
Ringanlah beban kami
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa

Doa majlis perasmian program 3

doa majlis perasmian program

Doa majlis khusus (lain-lain)

doa majlis perasmian program

Doa majlis perkahwinan

Doa kenduri kesyukuran

Doa jamuan

doa majlis perasmian program

Doa majlis penutup

doa majlis perasmian program

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan doa majlis perasmian program dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Panduan Doa Di Majlis-Majlis Rasmi. JAKIM
  2. Al-Kafi #856: Doa Yang Kerap Dibaca Oleh Nabi SAW. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.