2 Aplikasi Semak Status Halal Di Malaysia (Mudah & Fleksibal)

Dalam dunia moden serba canggih hari ini terdapat banyak aplikasi semak status halal yang boleh kita gunakan.

Lebih-lebih lagi ketika kita melancong ke luar negara dan sukar mendapatkan makanan yang halal. Di sinilah kegunaan aplikasi tersebut diperlukan.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda beberapa jenis aplikasi semak status halal dari Malaysia yang boleh anda muat turun secara percuma dalam telefon pintar anda.

Baca juga:

Panduan menentukan makanan halal

aplikasi semak status halal

Dalam agama Islam, kita diperintahkan untuk mencari sumber rezeki yang paling baik dan halal.

Bahkan kita juga disuruh untuk meninggalkan apa-apa makanan yang berstatus syubhah dan meragukan untuk menjaga kesucian diri.

Terdapat beberapa panduan menentukan makanan halal yang perlu anda ikuti:

  • Bukanlah terdiri daripada atau terkandung di dalamnya apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh hukum syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.

  • Tidaklah terkandung di dalamnya apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak.

  • Tidaklah disedia, diproses atau di kilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut hukum syarak.

  • Tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak garis panduan a, b, dan atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak.

Aplikasi semak status halal

Berikut adalah dua aplikasi semak status halal yang boleh anda muat turun.

Smart Halal

aplikasi semak status halal

SmartHalal adalah sebuah aplikasi membolehkan pengguna menyemak status produk makanan, minuman, premis makanan, rumah sembelih, bahan habis pakai, kosmetik, produk farmaseutikal dan perkhidmatan logistik yang disahkan halal oleh Persijilan Halal Malaysia.

Ia boleh memberikan maklumat terperinci berkaitan industri halal, carian lokasi melalui Google Map, Waze dan carian dengan kod QR yang lain.

Link untuk download:

Verify Halal

Verify Halal adalah sebuah aplikasi yang dibina oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Serunai Commerce Sdn. Bhd

Ia memberi kemudahan kepada para pengguna untuk menyemak status halal sesuatu produk dengan hanya mengimbas kod produk atau barcode menggunakan telefon pintar.

Bukan sahaja terhad kepada makanan, Verify Halal turut boleh digunakan bagi pelbagai produk termasuklah kosmetik dan ubat-ubatan.

Bahkan ia juga dapat membantu sesiapa sahaja untuk mencari restoran makanan halal dalam lingkungan 20 kilometer.

Link untuk download:

Kepentingan makan makanan halal

Setiap makanan yang dimakan akan menjadi darah daging pada kita.

Kemudian, setiap daging yang tumbuh daripada perkara yang haram nescaya azab neraka baginya.

Hal ini dijelaskan sendiri oleh Rasulullah SAW yang bermaksud:

Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhah (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak.

Maka siapa yang takut terhadap syubhah bererti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya.

Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhah, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan.” – (Hadis Riwayat Muslim, No. 107)

Kesimpulannya, kita haruslah menjadi seorang masyarakat yang mengambil berat soal halal haram ini.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan aplikasi semak status halal ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Semakan Status Halal Produk Melalui Aplikasi Halal JAKIM. Majlis Keselamatan Negara
  2. Semak Status Halal Lebih Mudah Dengan Imbas Kod QR Pada Aplikasi SmartHalal. Wiser MY
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.