Doa Khatam Al-Quran Yang Ringkas & Terjemahan

Salah satu waktu mustajab berdoa adalah selepas khatam Al-Quran. Bahkan menurut Imam Al-Nawawi terdapat banyak kelebihan yang boleh diperoleh kepada sesiapa yang membaca doa khatam Al-Quran

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai doa khatam Al-Quran yang boleh dijadikan amalan.

Pengenalan

Khatam bermaksud menutup atau tamat dari bahasa Arab (ختم) .

Jadi Khatam al-Quran adalah menamatkan bacaan 30 juzuk al-Quran secara menyeluruh secara bacaan atau hafazan, atau definisi khatam al-Quran lebih tepat lagi ialah ialah membaca al-Quran dari surah al-Fatihah sehingga al-Nas sama ada dengan diadakan majlis atau tidak.

Menurut Jabatan Mufti Negeri Perlis, berhimpun untuk membaca dan mempelajari al-Quran mempunyai sandaran dari hadis Nabi SAW dan merupakan sesuatu yang digalakkan. Adapun berhimpun untuk majlis khatam al-Quran tidak terdapat riwayat yang sahih baginda Nabi SAW melakukannya atau menyuruh kita melakukannya. Namun, terdapat dalam kalangan salaf yang mengamalkannya.

Asal khatam al-Quran tidak memerlukan majlis kerana apabila seseorang membaca al-Quran dari awal sehingga akhir bermakna dia telah mengkhatamkan al-Quran.

Doa khatam Al-Quran (ringkas)


الّلَهُمَ ارْحَمْنَا بِالْقُرْآن، واجْعَلْهُ لَنَا إمَامَاً

وَنُوْرَاً وَهُدَىً ورحمةً الّلَهُمَ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا

نسيْنَا، وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِلْنَا وَارْزُقْنَا

تِلَاوَتَهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَأطْرَافَ الْنَهَار واجْعَلهُ لَنَا

حُجَّةٌ يَا ربَّ الْعَالَمِيْن

Allahummar hamna bil quran. Waj ‘al hulana ima mau wanurau wahudau wa rahmah. Allahumma zakkirna minhu ma nasina. Wa ‘alimna minhu wa jahilna. Wa zuqna tila watahu. Ana al laili wa atrofan nahar. Waj ‘al hulana hujjatan. Ya rabbal alamin.

Maksudnya: Ya Allah rahmatilah kami dengan Al-Quran, dan jadikanlah ia sebagai imam, cahaya, petunjuk, serta rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami daripadanya apa yang telah kami dilupakan, dan ajarkan kami darinya apa yang kami jahil serta rezekikanlah kami untuk membacanya siang dan malam, dan jadikanlah ia sebagai hujah kepada kami wahai Tuhan sekalian alam.

Doa khatam Al-Quran (panjang)



بِسْـــــمِ آللهِ آلرَّحْمٰنِ آلرَّحِيـمِ


اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالِمِينَ. حَمْدًا شَاكِرِينَ

. وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ. وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى

رَسُولِنَا مُحَمَّدٍ وَءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.


اَللَّهُمَّ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّآ إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ

الْعَلِيْمُ. وَتُبْ عَلَيْنا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ

وَاهْدِنَا وَوَفِّقْنَا إِلَى الْحَقِّ وَإِلَى صِرَاطٍ

مُسْتَقِيْمِ. بِبَرَكَةِ الْقُرْءآنِ الْعَظِيْمِ. اللَّهُمَّ

ارْحَمْنَا بِالقُرْءَانِ. وَاجْعَلْهُ لَنَا إِمَامًا وَنًورًا

وَهُدًا وَرَحْمَةً. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نَسِينَا.

وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِلْنَا. وَارْزُقْنَا تِلَاوَتَهُ ءَانَآءَ

الَّيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ. وَاجْعَلْهُ لَنَا حُجَّةً يَا

رَبَّ الْعَالَمِينَ


اَللَّهُمَّ زَيِّنَّا بِزِيْنَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَكْرِمْنَا بِكَرَامَةِ

الْقُرْءَانِ. وَشَرِّفْنَا بِشَرَافَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَلْبِسْنَا

بِخِلْعَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ بِشَفَاعَةِ

الْقُرْءَانِ. وَعَافِنَا مِنْ كُلِّ بَلَآءِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ

الْأَخِرَةِ بِحُرْمَةِ الْقُرْءَانِ


اَللَّهُمَّ اجْعَلِ الْقُرْءَانَ لَنَا فِى الدُّنْيَا قَرِيْنًا

وَفِي الْقَبْرِ مُؤْنِسًا. وَفِى الْقِيَامَةِ شَفِيْعًا

وَعَلَى الصِّراطِ نُوْرًا. وَإِلَى الْجَنَّةِ رَفِيْقًا

وَمِنَ النَّارِ سِتْرًا وَحِجَابًا. وَإِلَى الْخَيْرتِ

كُلِّهَا دَلِيْلاً وَإِمَامًا. بِفَضْلِكَ وَجُوْدِكَ وَكَرَمِكَ

يَا كَرِيْمُ


اَللَّهُمَّ اهْدِنَا بِهَدَايَةِ الْقُرْءَانِ. وَنَجِّنَا مِنَ

النِّيْرَانِ بِكَرَامَةِ الْقُرْءَانِ. وَارْفَعْ دَرَجَاتِنَا

بِفَضِيلَةِ الْقُرْءَانِ. وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا بِتِلَاوَةِ

الْقُرْءَانِ. يَا ذَا الْفَضْلِ وَالْإِحْسَانِ


رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأخِرَةِ

حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار .وَصَلَّى اللهُ عَلَى

سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.

سُبْحنَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ. وَسَلمٌ

عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ. وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالِمِيْنَ

Bismillah hirrahmanir rahim.

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin. Hamdan shakirin. Wal ‘aqibatulil muttaqin. Wassolatu wassalamu ‘ala rasulina. Muhammadin wa alihi wa sohbihi ajma’in.

Allahumma rabbana taqobbal minna. Innaka antas sami ‘ul ‘alim. Wa tub ‘alaina innaka antat tawwabur rahim. Wahdina wawaf fiqna. Ilal haqqi wa ila siratim mustaqim. Bibarakatul quran nil ‘azim. Allahummar hamna bil quran. Waj ‘al hulana ima mau wanurau wahudau wa rahmah. Allahumma zakkirna minhu ma nasina. Wa ‘alimna minhu wa jahilna. Wa zuqna tila watahu. Ana al laili wa atrofan nahar. Waj ‘al hulana hujjatan. Ya rabbal alamin.

Allahumma zayyinna bi zinatil quran. Wa akrimna bikaramatil quran. Wa sharrifna bisharafil quran. Wa al bisna bi khil ‘atil quran. Wa adkhilnal jannata bil shafa ‘atil quran. Wa ‘afina min kulli bala id dun ya. Wa ‘azabil akhirati bihurmatil quran.

Allahummaj ‘alil quran. Lana fiddunya qorina. Wa fil qobri muk nisa. Wa fil qiyamati shafi ‘a. Wa ‘alas sirotinuro. Wa ilai jannati rofiqo. Wa minan nari sitron wa hajaba. Wa ilal khairati kulliha dalillau wa imama. Bifadhlika wa judika wa karamika yakarim.

Allahummah dina bi hidayatil quran. Wa najjina minan nironi bikaramatil quran. War fa’ darajatina bifadhilati quran. Wakaffir ‘anna sayyi atina bitilawatil quran. Ya zalfadhli wal ihsan.

Rabbana atina fidun ya hasanah. Wa fil akhirati hasanah. Wa qina ‘azabannar. Wa sollallahu ‘ala saidina muhammad. Wa ‘ala alihi wa sohbihi wasallam. Subhanarabbikal ‘izzati ‘amma yasifun. Wa salamun ‘alal mursalin. Wal hamdulillahi rabbil ‘alamin.

Maksudnya: “Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. Dan selawat dan salam ke atas rasul kita Muhammad dan juga ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Ya Allah, Tuhan kami terimalah doa kami dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Yang Maha Mengetahui. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Mengasihi. Tunjuki dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat Al-Quran. Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat Al-Quran, dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah, ingtkanlah kami apa yang telah kami lupa dari Al-Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi Al-Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu-waktu malam dan siang, dan jadikanlah Al-Quran itu sebagai hujjah untuk kami. Wahai Tuhan pemelihara sekalian alam. Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan Al-Quran, muliakan kami dengan kemuliaan Al-Quran, dan serikan kami dengan ketinggian martabat Al-Quran, dan pakaikan kami dengan pakaian permata Al-Quran, masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat Al-Quran, selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan Al-Quran. Ya Allah, jadikanlah Al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pembantu, sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka, dan jadikanlah Al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan Mu jua ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah. Ya Allah, tunjukilah kami dengan petunjuk Al-Quran, selamatkanlah kami daripada api neraka dengan sebab kemuliaan Al-Quran, tinggikanlah darjat martabat kami dengan sebab kelebihan Al-Quran, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab membaca al-Quran, ya Allah, Tuhan Yang Empunya segala macam kelebihan dan ehsan. Wahai Tuhan kami berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka. Allah mencucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan dan selamat sejahtera kepada sekalian Rasul. Dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.”

Diharapkan semoga perkongsian kami. mengenai doa khatam Al-Quran ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama setiap kali selesai membaca Al-Quran.

Sumber:

  1. Al-Kafi #1277: Manakah Lebih Tepat Dalam Doa Khatam Al-Quran: Sebutan Nasiina atau Nussiina. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Doa Khatam Al-Quran. JAKIM
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.