15 Doa Keluarga Bahagia Untuk Amalan Setiap Masa

Apakah doa keluarga bahagia yang boleh kita amalkan untuk mengekalkan kebahagiaan dan keharmonian dalam rumah?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan doa keluarga bahagia.

1. Surah Al-Hujurat, ayat 7

Doa memoho jebaikan dan dijauhkan dari kejahatan:

اللَّهُمَ حَبَّبْ إِلَيْنَا الْإِيمَانَ وَزَيِّنْهُ فِي قُلُوبِنَا، وَكَرِّهْ إِلَيْنَا الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ، وَاجْعَلْنَا مِنَ الرَّاشِدِينَ

Allahumma habbib ilainal imaana wazayyinhu fi quluubinaa, wa karrih ilayyal kufro wal fusuuqo wal ‘isyaan, waj’alna minar raasyidiin

"Ya Allah, jadikanlah kami cinta kepada keimanan dan jadikanlah ia indah di hati kami, bencikanlah kami pada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan, serta masukkanlah kami dalam golongan orang yang mendapat petunjuk.”

2. Surah At-Taubah, ayat 129

Doa memohon diberi segala kecukupan dalam menghadapai kesulitan hidup:

حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

"Cukupkanlah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada-Nya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai Arasy yang agung."

3. Surah Al-Hashr, ayat 10

Doa memohon dijauhi hasad dengki dan dendam dalam sesama keluarga:


رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإِيمَانِ , وَلا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ

Rabbanaghfirlanaa wali ikhwaanina, allaziina sabaquuna bil iimaan, walaa taj’al fii quluubinaa ghillal lillaziina aamanu, rabbanaa innaka rauufur rahiim

Wahai Tuhan Kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami sebarang perasaan hasad dengki dan dendam terhadap mana-mana orang beriman. Wahai Tuhan kami! Sungguhnya Engkau amat Pelembut dan Pengasih

4. Surah Al-Furqan, ayat 74

Doa agar diberikan pasangan dan zuriat yang menjadi penyejuk mata:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Rabbana hablana min azwajina wa dzurriyyatina qurrata a’yun waj’alna lilmuttaqina imaama

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.

5. Riwayat Tirmidzi, hadis hasan

Doa memohon cinta dan kasih sayang dari manusia:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu amalan yang dapat menyampaikanku kepada cintaMu

6. Riwayat Al-Bukhari, No. 3371

Doa memhon perlindungan untuk anak dari penyakit ‘ain:

أُعِيْذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّة

U’izukuma bi kalimatillahit taammah min kulli shaytaniw wa haammah wa min kulli ‘aynil laammah

Aku memohon perlindungan dengan kalimat Allah yang sempurna untuk kalian (berdua), dari gangguan syaitan dan binatang berbisa, dan dari pandangan mata (‘ain) yang jahat.”

7. Surah Ali-Imran, ayat 38

Doa untuk mendapatkan anak yang sempurna tidal cacat fizikal mental:

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan

8. Surah Ali-Imran ayat 200

Doa agar kasih sayang ahli keluarga berpanjangan dan tidak terpisahkan:

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اصْبِرُوْا وَصَابِرُوْا وَرَابِطُوْاۗ وَاتَّقُوا اللّٰهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ ࣖ

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

9. Surah Taha, ayat 1-5

Doa kasih sayang untuk melembutkan hati suami atau isteri:

طٰهٰ ۚ

مَآ اَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْاٰنَ لِتَشْقٰٓى ۙ

اِلَّا تَذْكِرَةً لِّمَنْ يَّخْشٰى ۙ

تَنْزِيْلًا مِّمَّنْ خَلَقَ الْاَرْضَ وَالسَّمٰوٰتِ الْعُلٰى ۗ

اَلرَّحْمٰنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوٰى

Taha (Hai Manusia). Tiada Kami turunkan al-Quran ke atasmu supaya engkau mendapat celaka. Melainkan peringatan bagi orang yang takut kepada Tuhannya. Penurunan daripada Allah yang mencipta bumi ini dan langit yang tinggi. Tuhan Yang Maha Pemurah, berkuasa di atas ‘Arasy

10. Surah Asy-Syura, ayat 19

Doa untuk melembutkan hati pasangan:

Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

11. Surah Al-A’raf, ayat 23

Doa memohon keampunan Allah:

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rug

12. Riwayat Tirmidzi, No. 3490

Doa memohon cinta dan kasih sayang Allah:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu amalan yang dapat menyampaikanku kepada cintaMu

13. Doa dalam rumi

Ya Bari’, Ya waliy, Ya wakil

Wahai Tuhan yang Maha Merancang, Mentadbir, Mengatur, Menyusun segala sesuatu di atas muka Bumi ini, aku serahkan segala urusan diriku, suamiku, anak-anakku (sebut nama) kepadaMU untuk Engkau atur, rancang, tadbir dan susun sebaik mungkin kerana Engkau lah sebaik-baik Pengatur.

Ya Allah,
Jagalah diri kami, hati kami, iman kami, kesihatan kami, keselamatan kami, maruah kami, kerana Engkau lah sebaik-baik penjaga.

Ya Zal jalali waliqram.
Wahai Tuhan yang memiliki Zat Kebesaran dan Kemuliaan.

Jauhilah kami daripada mara bahaya, kecelakaan, kemalangan, bencana dunia, perbuatan khianat maklukmu dan segala anasir jahat. Hanya kepada Mu lah kami berserah dan memohon pertolongan.

14. Surah Ibrahim, ayat 40 – 41

Doa ahli keluarga menjadi soleh dan solehah:

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasa

15. Surah Al-Kahfi, ayat 10

Doa memohon rahmat dan pimpinan Allah:

اِذْ اَوَى الْفِتْيَةُ اِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوْا رَبَّنَآ اٰتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَّهَيِّئْ لَنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا

Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai himpunan doa keluarga bahagia ini dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Bayan Linnas Siri Ke-187: Bahagia: Hakikat dan Cara Kita Meraihnya. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Doa Keluarga Bahagia (Baiti Jannati). Ummah Today
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.