Jenis-Jenis Seni Tulisan Khat Dalam Islam
Apakah jenis-jenis khat yang terkenal dalam kaligrafi Islam?
Artikel pada kali ini mencoret sedikit sebanyak mengenai jenis-jenis tulisan khat yang terkenal dan sering digunakan dalam seni kaligrafi Islam di dunia.
Terdapat beberapa tulisan khat yang terkenal dan sering digunakan dalam seni Islam yang lahir dan berkembang dalam penulisan Arab yang terkandung beratus abad dalam ruang lingkup tamadun peradaban Islam.
Pengenalan.
Khat merupakan satu bentuk hasil kesenian yang halus dan indah. Seni tulisan khat ini merupakan khazanah yang tertua di dunia yang dimiliki oleh umat Islam. Seni ini juga telah lahir dan berkembang dalam penulisan Arab dalam ruang lingkup peradaban Islam.
Pada abad pertama dan kedua hijriah, khat ini merupakan salah satu ciri untuk memperindahkan dalam sesuatu penulisan. Seni khat ini juga merupakan sesuatu seni yang amat disanjungi diantara seni Islam yang lain. Ini kerana seni khat ini merupakan salah satu ciri yang masih mengekalkan keaslian kandungan ayat-ayat suci al-Qur’an selain melalui hafalan para huffaz (penghafal Al-Quran).
Khat ialah perkataan Arab yang bermaksud garisan. Manakala Seni khat pula membawa maksud garisan indah yang membentuk tulisan. Selain itu, Seni khat ini juga merupakan tulisan-tulisan (kitabah) yang terikat dengan peraturan dan kaedah yang telah dikaji dan ditentukan oleh mereka yang terlibat dengan kemajuan seni.
Dari segi gaya penulisan khat ini, sejarah perkembangannya telah berkembang sejak Zaman Rasulullah SAW. Islam datang dengan membawa beberapa faktor tentang betapa perlunya penggunaan tulisan yang semakin bertambah luas ruang penggunaannya. Bidang penulisan telah memasuki era baru yang bergemerlapan dengan kedatangan Islam
Manakala, tulisan-tulisan Arab ini pula mempunyai nilai estetika yang tinggi dalam menentukan kaedah tertentu. Seni khat bukan hanya sekadar wacana penyampai maklumat tetapi ia juga mengandungi nilai-nilai abstrak yang disimpulkan dengan kehalusan, kelembutan, kesinambungan, perhubungan, pergerakan, keharmonian dan sebagainya.
Jenis-Jenis Khat Yang Terkenal
Terdapat pelbagai jenis-jenis khat yang ada dalam seni Islam. Namun disini, akan dijelaskan secara ringkas mengenai beberapa jenis-jenis khat yang utama dalam penulisan yang sering digunakan antaranya adalah:
Khat ini telah diciptakan pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Khan oleh penulis khat yang bernama Turki Mumtaz Bek pada tahun 1280H. Tujuan utama khat ini diciptakan adalah untuk menyeragamkan bentuk penulisan dalam semua urusan rasmi di kalangan kakitangan kerajaan.
Riq’ah mengikut Kamus Bahasa ialah cebisan kertas yang ditulis. Ciri Khusus bagi penulisan khat ini adalah berbentuk huruf kecil, tegak dan tidak menggunakan baris. Khat riq’ah ini lebih cepat dan mudah ditulis jika dibandingkan dengan tulisan khat yang lain. Pada masa kini, tulisan khat ini menjadi tulisan harian buat masyarakat Arab.
Penggunaan Khat Riq’ah ini hanyalah tertumpu pada tulisan dan nota sahaja.
Khat Diwani ini telah dicipta oleh Muhammad Munif dan disempurnakan oleh Syahla Pasya serta al-Hafidz Othman. Khat ini mula terkenal pada tahun 857H iaitu setelah Konstantinopel (Istanbul) yang ditawan oleh Sultan Muhammad al-Fateh. Khat ini dicipta untuk menulis surat-surat rasmi, keputusan dan surat pekeliling pentadbiran kerajaan.
Ciri khusus bagi penulisan khat ini adalah berbentuk condong ke kiri, lembut, bindar dan melengkung, bersusun dan bertindih-tindih serta tidak berbaris. Pada masa kini, tulisan ini selalu digunakan untuk menulis sijil, watikah serta dijadikan sebagai tulisan hiasan sama ada di rumah mahupun masjid-masjid.
Penulisan Diwani jali ini diperkenalkan oleh Hafiz Usman, seorang penulis terkemuka di zaman Khilafah Uthmaniyyah di Turki. Anatomi huruf pada Khat Diwani Jali pada asalnya adalah sama seperti Khat Diwani, namun Khat Diwani Jali ini jauh lebih berseni, padat, dan terkadang bertitik-titik.
Berbeza dengan Diwani yang tidak berbaris, Diwani Jali sebaliknya sangat padat dengan baris dan hiasan.Baris yang penuh ini lebih ditujukan untuk keperluan dekorasi dan tidak seluruhnya berfungsi sebagai tanda bacaan.
Oleh sebab itu, gaya ini sukar untuk dibaca secara sepintas lalu. Biasanya, model ini digunakan untuk aplikasi pada masjid atau barangan hiasan.
Bentuk Khat Nasakh ini telah diubahsuai oleh Ibnu Muqlah sehingga tulisannya menjadi seperti sekarang. Tulisan ini telah muncul pada abad ke 3 Hijrah atau 8 Masihi dan telah berkembang meluas pada hujung abad ke 4 Hijrah atau 9 Masihi. Khat ini dinamakan khat nasakh oleh kerana tulisan yang digunakan adalah untuk menaskhahkan atau membukukan al-Quran serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain.
Khat ini menjadi penulisan utama dalam bahan-bahan ilmiah sehinggalah ke hari ini sama ada dalam bentuk akhbar, majalah, komputer dan sebahainya selain daripada menjadi tulisan utama dalam gaya penulisan al-Quran. Bagi tujuan penulisan ilmiah ini terdapat dua aliran yang jelas dalam tulisan khat nasakh iaitu Khat Nasakh Akhbar dan Khat Nasakh Klasik.
Ciri khusus bagi gaya penulisan ini ialah ia mudah dibentuk, lembut, praktikal dan mudah dibaca kerana mempunyai baris. Tulisan khat nasakh ini digunakan pada zaman sekarang untuk menulis al-Quran, akhbar dan majalah-majalah ilmiah.
Thuluth bermaksud 1/3. Ia dinakan sebagai Khat Thuluth adalah kerana huruf menegaknya ditulis dengan mata pen khat yang mempunyai ukuran tertentu iaitu mestilah mempunyai kelebaran sebanyak 1/3 (thuluth) lebar mata pen semasa ingin menulisnya. Selain itu, terdapat nama lain juga bagi Khat Thutluth ini ia dikenali sebagai Ummul Khat (ibu tulisan).
Khat ini juga jarang digunakan dalam penyalinan penulisan al-Quran lengkap kerana mempunyai banyak kaedah dalam menentukan ukurannya dengan bilangan titik yang sesuai pada setiap huruf, agak rumit serta memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menulisnya. Dikatakan, seseorang penulis khat itu tidak akan digelar sebagai penulis khat yang handal selagi dia tidak betul-betul menguasai penulisan khat thuluth ini.
Ciri-ciri khusus bagi Khat Thutluth ini adalah hurufnya lembut, mudah dibentuk dan mudah dibaca kerana mempunyai baris.ia juga bersifat dekoratif dan mempunyai seni-seni tersendiri. Khat ini amat sesuai dijadikan perhiasan di masjid, rumah, bangunan, papan tanda dan sebagainya kerana tulisannya sangat cantik dan unik.
Khat kufi muraba’ ini dicipta di Kufah. Khat Kufi ini juga merupakan sejenis khat yang terkenal selain daripada khat Nasakh. Nama Kufi ini diambil sempena nama sebuah bandar iaitu Al-Kufah yang terletak di Mesopotamia. Secara umumnya, Khat Kufi ini mempunyai ciri-ciri asas yang tersendiri sebagai kufi.
Terdapat pelbagai jenis mengenai tulisan Khat Khufi ini diantaranya adalah Khat Khufi Mura’ba ini juga dikenali sebagai kufi empat segi kerana bentuk hurufnya serta susunannya berbentuk empat segi apabila ditulis.
Hasil daripada susunan bentuk tersebut maka, terhasilah huruf yang berbentuk lurus yang tidak bulat dan tidak melengkung sama sekali. Oleh demikian itu, pembaris dan pensil haruslah digunakan semasa membuat khat ini. Ini kerana,sifat-sifat yang ada pada khat ini ialah berbentuk segi empat, tidak mempunyai baris serta hurufnya tersusun rapat.
Khat ini sesuai digunakan sebai hiasan dalam bentuk geometric pada bangunan-bangunan dan logo.
Khat Farisi ini merupakan sebuah khat yang terdapat keindahan hurufnya yang menarik., kurangnya penggunaan garis menegak dan hurufnya yang condong ke kanan serta memanjang. Seperti yang dilihat dari namanya, kaligrafi gaya penulisan Farisi dikembangkan oleh orang Parsi dan menjadi tulisan rasmi bangsa ini sejak di zaman Kerajaan Safawiyyah sehingga ke hari ini.
Kaligrafi Khat Farisi sangat mengutamakan unsur garis, ditulis tanpa baris, dan kepiawaian penulisannya ditentukan pada kelincahannya mempermainkan tebal-tipis sesuatu huruf dalam ‘lakaran’ yang tepat. Gaya ini banyak digunakan sebagai hiasan masjid di Iran, yang biasanya dikukuhkan lagi dengan warna-warni Arabis. Khat Farisi ini setelah ditulis sepenuhnya dapat menyerlahkan lagi kelembutan gaya penulisannya. Khat ini biasanya ditulis untuk penulisan buku sastera, nama, tajuk karangan pada majalah dan surat khabar.
Sekian sahaja penerangan secara ringkas mengenai beberapa jenis khat yang terkenal dalam dunia penulisannya tang tersendiri. Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu anda semua mengetahui jenis-jenis khat yang terkenal di dunia Nusantara ini.
Sumber:
- Seni Khat (Kaligrafi)- http://noorsyafiqah123.blogspot.com/
- Jenis-jenis Khat Yang Masyur Didunia- http://inaniabdrahman.blogspot.com/
- Jenis-jenis Khat- http://nuramalinasafawati.blogspot.com/