4 Keistimewaan Puasa Sunat Tarwiyah Yang Perlu Anda Tahu

Apakah lafaz niat dan cara puasa sunat tarwiyah yang boleh kita lakukan dan keistimewaan yang terdapat pada tempoh hari tersebut?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda tentang amalan puasa sunat tarwiyah yang boleh dilakukan, berserta dengan kelebihannya sekali.

Baca juga:

Maksud Hari Tarwiyah

puasa sunat tarwiyah

Hari Tarwiyah adalah hari kelapan Zulhijjjah dalam kalendar Islam. Nama “At-Tarwiyah” berasal dari perkataan Arab yang bermaksud “menyediakan air”, kerana pada zaman dahulu, para jemaah haji mengumpul air untuk kegunaan mereka di Arafah.

Menurut Imam Ibn Qudaman, hari tersebut dinamakan tarwiyah kerana dua sebab iaitu:

Para jemaah haji setelah berihram akan menuju ke Mina untuk bermalam. Ini kerana, pada keesokan harinya, mereka akan menuju ke Arafah.

Ketika di Mina, para jemaah ini mempersiapkan air sebagai bekalan untuk dibawa ketika berwukuf di Arafah. Mempersiapkan air ini diistilahkan dengan Yatarowwaun (يتروون).

Selain itu, dinamakan juga dengan “Tarwiyah” adalah disebabkan pada malam tersebut, Nabi Ibrahim AS telah bermimpi buatkali yang pertama daripada Allah SWT agar menyembelih anaknya Nabi Ismail AS.

Seharian Baginda AS berfikir dan tertanya-tanya kepada dirinya, apakah perintah itu datangnya daripada Allah SWT atau daripada syaitan.

Tertanya-tanya itu juga diistilahkan dengan Yurowwi (يروي) dan itu adalah di antara sebab 8 Zulhijjah dinamakan dengan hari Tarwiyyah. 

Daripada Ibnu Abbas RA Nabi Muhammad SAW bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ

Maksudnya: “Tiada hari-hari yang amalan soleh paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini iaitu Baginda memasukkan 10 hari terawal Zulhijjah. Para sahabat bertanya, 

“Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?” Baginda bersabda, 

“Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.” - [Hadis Riwayat Al-Bukhari, hadis sahih]

Niat puasa sunat Tarwiyah

Berikut adalah lafaz niat puasa sunat Tarwiyah yang perlu dibaca:

نَوَيْتُ صَوْمَ تَرْوِيَةَ سُنَّةً لِلّٰهِ تَعَالَى

Nawaitu sauma tarwiyata sunnatan lillahi ta’ala

Maksudnya: “Sahaja aku niat puasa sunat Tarwiyah kerana Allah Ta’ala”

Tarikh Hari Tarwiyah 2023

Umumnya, Hari Tarwiyah berlaku pada 8 Zulhijjah. Manakala tarikh Hari Tarwiyah di Malaysia bagi tahun 2023 / 1444H ini adalah pada 27 Jun 2023, hari Selasa.

Kelebihan Hari Tarwiyah

puasa sunat tarwiyah

1. Simbol persiapan dan pengorbanan

Hari Tarwiyah adalah hari ketika para jamaah haji bersiap untuk Arafah, hari yang paling penting dalam ibadah haji.

Ini adalah hari untuk merefleksikan dan menyiapkan diri secara spiritual untuk peristiwa penting yang akan datang.

2. Peluang untuk doa dan zikir

Hari Tarwiyah adalah hari untuk berdoa, memohon pengampunan, dan berzikir. Jemaah haji dapat menggunakan waktu ini untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mempersiapkan diri secara rohani.

3. Menjalankan sunnah

Berada di Mina pada hari Tarwiyah dan menghabiskan malam hari di sana adalah sunnah Nabi Muhammad SAW.

Oleh kerana itu, menjalankan perintah ini membawa pahala dan keberkahan.

4. Berkongsi pengalaman bersama jemaah lain

Hari Tarwiyah juga memberikan kesempatan bagi jemaah haji untuk berbagi pengalaman dan menjalin ikatan dengan jemaah haji lainnya dari seluruh dunia.

Ini dapat memperkuat rasa persaudaraan dan persatuan di antara umat Islam.

Hadis palsu berkenaan puasa 10 Zulhijjah

Terdapat beberapa hadis yang memberitahu secara khusus akan ganjaran yang diperoleh oleh kita apabila melakukan amal kebaikan pada awal 10 Zulhijjah. Antaranya seperti:

  • Kelebihan berpuasa 1 Zulhijjah seperti yang terdapat dalam hadis.

  • Kelebihan berpuasa 2 Zulhijjah seperti orang yang beribadat kepada Allah selama setahun dengan tidak melakukan maksiat kepada Nya sedikitpun kerana pada hari tersebut Allah telah memperkenankan permintaan Nabi Yusuf AS.

  • Kelebihan berpuasa 3 Zulhijjah bahawa Allah akan memperkenankan setiap doanya kerana pada hari tersebut Allah telah memperkenankan doa Nabi Zakaria AS.

  • Kelebihan berpuasa 4 Zulhijjah akan dijauhkan oleh Allah daripada kesempitan, kemiskinan serta akan dihimpunkan di padang mahsyar bersama para malaikat dan padanya juga lahirnya Nabi Isa AS.

  • Kelebihan berpuasa 5 Zulhijjah akan terlepas daripada sifat munafik dan azab kubur serta padanya juga lahirnya Nabi Musa AS.

  • Kelebihan berpuasa 6 Zulhijjah akan dilihat oleh Allah SWT dengan pandangan rahmah serta Allah sama sekali tidak akan mengazabnya. Pada hari tersebut juga Allah telah membuka bagi Nabi Muhammad SAW dengan kebaikan.

  • Kelebihan berpuasa 7 Zulhijjah akan ditutup padanya pintu neraka Jahannam dan barang siapa yang berpuasa padanya akan ditutup kepadanya 30 pintu kesusahan serta dibuka baginya 30 pintu kesenangan.

  • Kelebihan berpuasa 8 Zulhijjah iaitu pada hari Tarwiyah akan diberikan ganjaran kepadanya yang tidak diketahui oleh orang lain melainkan Allah sahaja.

  • Kelebihan berpuasa 9 Zulhijjah iaitu pada hari Arafah akan diampunkan dosanya setahun sebelum dan setahun selepas.

Kesemua hadis yang disebutkan di atas adalah tidak sahih daripada Nabi SAW melainkan kelebihan yang terdapat pada hari Arafah.

Justeru itu, tidak ada dinyatakan kelebihan yang khusus atau amalan yang khusus untuk dilakukan pada Hari Tarwiyah.

Namun yang demikian, kita amat disarankan untuk memperbanyak amal soleh seperti puasa sunat tarwiyah, zikir, berdoa, dan sebagainya.

Sumber:

  1. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-404: Apakah Maksud Hari Tarwiyah dan Apakah Kelebihannya. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. What is Tarwiyah? Atheer
  3. The day of At-Tarwiyah. Islamonline
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.