Doa Selepas Azan & Iqamah Dalam Rumi Berserta Audio

Doa selepas azan dan iqamah adalah antara amalan sunnah yang disarankan untuk dibaca selepas azan dan iqamah.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi dengan anda semua berkenaan dengan doa lepas azan yang boleh anda jadikan panduan dalam hidup.

Baca juga:

Asal usul azan

doa selepas azan

Asal usul azan ini bermula dari dua orang sahabat yang telah mendapat mimpi yang sama tentang azan ini, iaitu Abdullah bin Zaid RA dan Umar bin al-Khattab RA.

Hal ini sepertimana yang diriwayatkan dalam satu hadis yang panjang, daripada Abdullah bin Zaid RA katanya:

لَمَّا أَمَرَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم بِالنَّاقُوسِ يُعْمَلُ لِيُضْرَبَ بِهِ لِلنَّاسِ لِجَمْعِ الصَّلاَةِ طَافَ بِي وَأَنَا نَائِمٌ رَجُلٌ يَحْمِلُ نَاقُوسًا فِي يَدِهِ ، فَقُلْتُ : يَا عَبْدَ اللهِ أَتَبِيعُ النَّاقُوسَ ؟ قَالَ : وَمَا تَصْنَعُ بِهِ ؟ فَقُلْتُ : نَدْعُو بِهِ إِلَى الصَّلاَةِ ، قَالَ : أَفَلاَ أَدُلُّكَ عَلَى مَا هُوَ خَيْرٌ مِنْ ذَلِكَ ؟ فَقُلْتُ لَهُ: بَلَى ، قَالَ : فَقَالَ : تَقُولُ : اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ…رُ

قَالَ : ثُمَّ اسْتَأْخَرَ عَنِّي غَيْرَ بَعِيدٍ ، ثُمَّ ، قَالَ : وَتَقُولُ : إِذَا أَقَمْتَ الصَّلاَةَ ، اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ…رُ

Maksudnya: “Ketika Nabi SAW meminta loceng supaya orang boleh memukulnya bagi menghimpunkan (orang ramai) untuk solat, tiba-tiba saya teringat ketika sedang tidur, seorang lelaki mengelilingi saya (dalam mimpi) dengan memegang loceng di tangannya. Lalu saya berkata:

“Wahai hamba Allah, adakah kamu mahu menjual loceng tersebut? Katanya: “Apakah kamu hendak lakukan?” Saya menjawab: “Untuk menyeru orang ramai supaya menunaikan solat.”

Dia berkata kembali: “Apakah kamu mahu jika aku tunjukkan cara yang lebih baik?” Saya jawab: “Sudah tentu.” Katanya: “Sebutkanlah ‘: اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ’……. (sehingga akhir azan).

Tidak lama selepas itu, dia berkata lagi: “Ketika kamu berdiri untuk mengerjakan solat, sebutkan ‘، اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ’ …. (hingga akhir iqamat).” – (Hadis Riwayat Abu Daud, No. 449)

Bila syariat tentang azan bermula?

Azan disyariatkan pada tahun pertama hijrah. Hal ini berdasarkan kepada sebuah hadis, daripada Ibn Umar RA katanya:

“Ketika orang Islam sampai di Madinah mereka berkumpul dan menantikan waktu bersolat.”

Ketika itu tidak ada cara yang diserukan dalam mendirikan solat. Maka suatu hari mereka berbincang mengenai masalah tersebut.

Sebahagian daripada mereka mencadangkan loceng digunakan sepertimana loceng orang Nasrani, dan sebahagian yang lain pula mengatakan serunai digunakan seperti terompet tanduk yang digunakan oleh orang Yahudi. 

Umar RA pula berkata: Kenapakah kamu tidak menyuruh seseorang menyerukan solat? Lalu Rasulullah SAW bersabda:

يَا بِلَالُ قُمْ فَنَادِ بِالصَّلَاةِ

“Wahai Bilal, berdirilah dan serukan solat.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hadis tentang doa selepas azan

doa selepas azan

عن جابر رضي الله عنه مرفوعًا: «من قال حين يَسْمَع النِّدَاء: اللَّهُم ربِّ هذه الدَّعْوَة التَّامة، والصَّلاة القَائمة، آتِ محمدا الوَسِيلَة والفَضِيلة، وابْعَثْه مَقَامًا محمودًا الَّذي وعَدْتَه، حلَّت له شَفَاعَتِي يوم القيامة». [صحيح] – [رواه البخاري]

Maksudnya: Dari Jabir RA secara marfu, “Siapa yang ketika (selesai) mendengar azan membaca doa, “Ya Allah, Rabb pemilik seruan yang sempurna dan seruan penegakan solat ini.

Limpahkanlah kepada Muhammad kedudukan tinggi dan keutamaan. Tempatkan beliau di tempat terpuji yang Engkau janjikan kepadanya,” niscaya ia mendapatkan syafaatku kelak di hari Kiamat.” – (Hadis riwayat Bukhari)

Doa selepas azan dan iqamah

doa selepas azan


اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ، أَنِ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ، وَالشَّرَفَ وَالدَّرَجَةَ الْعَالِيَةَ الرَّفِيعَةَ، وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدتَهُ، إنَّكَ لا تُخلف الميعاد.

Allahumma rabba hazihid da’ watittamah. Wassolatil qaimah. Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah. Wassyarafa waddarajatal ‘aliatar rafi’ah. Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah. Innaka laatukhliful mi’ad.

Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan.

Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.”

Doa di atas ini disunatkan untuk kita baca selepas azan atau iqamah. Selain itu, tuntutan berselawat sebanyak 1-3 kali sebelum membaca doa lepas azan ini disebut dalam satu hadis yang bermaksud:

Daripada Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA, bahawa dia mendengar Nabi SAW bersabda:

Maksudya: “Apabila kalian mendengar (ucapan) mu’azin maka ucapkanlah seperti yang diucapkan mu’azin, kemudian berselawatlah untukku, kerana seseorang yang berselawat untukku dengan satu selawat, nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.

Mohonlah kepada Allah wasilah untukku, kerena wasilahh adalah kedudukan yang tinggi di syurga, tidaklah layak tempat tersebut kecuali untuk seorang hamba daripada hamba-hamba Allah dan aku berharap aku adalah hamba tersebut.

Dan sesiapa memintakan wasilah untukku maka layaklah syafa’at untuknya.”

(Hadis Riwayat Muslim, No. 384, Abu Dawud, No. 523, At-Tirmizi, No 3614, Al-Nasaie, No. 678, Ahmad, No. 6280)

Doa Selepas Azan (Jawi & Rumi) | TV Al Hijrah

Cara jawab azan

Lafaz AzanLafaz Jawab Azan
Allahu Akbar, Allahu akbarAllahu Akbar, Allahu akbar
Ashadualla ilaha illallahAshadualla ilaha illallah
Ashaduannamuhammadar rasulullahAshaduannamuhammadar rasulullah
Haiyya ‘alas solahLaa haula wa laa quwwata illaa billaah
Haiyya ‘alal falahLaa haula wa laa quwwata illaa billaah
Allahu akbar, Allahu akbarAllahu akbar, Allahu akbar
Laa ilaha illallahLaa ilaha illallah

Cara jawab iqamah

Lafaz IqamahLafaz Jawab Iqamah
Allahu Akbar, Allahu akbarAllahu Akbar, Allahu akbar
Ashadualla ilaha illallahAshadualla ilaha illallah
Ashaduannamuhammadar rasulullahAshaduannamuhammadar rasulullah
Haiyya ‘alas solahLaa haula wa laa quwwata illaa billaah
Haiyya ‘alal falahLaa haula wa laa quwwata illaa billaah
Qadqa matis solah, qadqamatis solahIqamaha ilahu wa ada maha
Allahu akbar, Allahu akbarAllahu akbar, Allahu akbar
Laa ilaha illallahLaa ilaha illallah
Azan Merdu Sanad Bilal bin Rabah | Syaikh Hisam Thiyarah Al-Damshy

Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan doa selepas azan ini dapat memberikan anda semua ilmu dan informasi yang bermanfaat untuk dijadikan panduan setiap kali selesai mendengar azan atau iqamat.

Sumber:

  1. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-239: Selawat Kepada Nabi SAW Selepas Daripada Azan. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Al-Kafi #767: Adakah Ada Doa Selepas Iqamah Sebagaimana Doa Selepas Azan. Mufti Wilayah Persekutuan
  3. Al-Kafi #1319: Asal Usul Azan dan Lafaznya. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.