Solat Hajat: Niat, Tatacara & Manfaatnya (Panduan Lengkap)

Bagaimanakah cara untuk melaksanakan solat hajat dengan lafaz niat dan tata cara yang tepat berpandukan amalan yang diajarkan dalam Islam?

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda tentang panduan solat hajat yang boleh dilakukan untuk meminta sesuatu kebaikan kepada Allah SWT.

Baca juga:

Apa itu solat hajat?

Hajat adalah berasal dari perkataan Arab dan mempunyai makna iaitu kefakiran atau keperluan terhadap sesuatu.

Menurut pendapat al-Syatibi, hajat membawa maksud  apa-apa yang menjadi keperluan untuk melapangkan dan mengangkat kemudaratan, meningkatkan kesukaran hidup dan hilangnya kesenangan, keceriaan dan maslahat.

Fitrah manusia kita pastinya mempunyai dan menginginkan sesuatu dalam hidup ini. Baik dari segi kebendaan mahupun apa sahaja yang bersangkut paut dengan kemahuan diri.

Solat hajat merupakan antara solat sunat yang sangat digalakkan untuk kita lakukan dalam hidup ini.

Solat ini dilakukan untuk mendapatkan sesuatu kebaikan juga untuk menolak apa-apa musibah, keburukan, kejahatan, dan sesuatu yang tidak baik.

Dalil tentang solat ini

Rasulullah SAW ada bersabda mengenai keperluan untuk melaksanakan solat hajat apabila seseorang itu berkehendak kepada sesuatu perkara.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Aufa RA katanya: Rasulullah SAW keluar menemui kami dan bersabda:

Maksudnya: "Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua rakaat.” - (Hadis Riwayat At-Tarmizi)

Tambahan lagi, dalam surah Al-Baqarah, ayat 45, Allah SWT ada berfirman bahawa:

وَاسْتَعِيْنُوْا بِالصَّبْرِ وَالصَّلٰوةِ ۗ وَاِنَّهَا لَكَبِيْرَةٌ اِلَّا عَلَى الْخٰشِعِيْنَۙ

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat."

Justeru itu kita faham bahawa solat hajat ini menjadikan kesempatan kita untuk berdoa kepada Allah bagi apa jua kehendak yang sedang dihajati.

Tempoh waktu untuk mendirikan solat ini

Solat sunat hajat boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tidak kira siang ataupun malam tetapi dilarang untuk dilaksanakan pada waktu-waktu yang diharamkan untuk solat.

Namun, solat ini sangat baik apabila dilakukan pada sepertiga malam iaitu setelah melaksanakan solat tahajud kerana untuk memberi rasa khusyuk dan ketenangan yang luar biasa kepada diri.

Cara solat hajat dilakukan

Solat sunat ini dilaksanakan sama sahaja seperti solat sunat yang lain. Bilangan rakaatnya adalah sebanyak 2 rakaat. Berikut adalah tatacara yang boleh anda jadikan panduan:

Rakaat pertama:

1. Berdiri tengak menghadap kiblat kemudian baca lafaz niat dalam bahasa arab seperti ini.

أُصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعاَلَى

Usolli sunnatal hajaati rak’ataini lillahi ta’ala

“Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Ta’ala”.

2. Takbiratul ihram dan mengangkat kedua-dua belah tangan sambil menyebut:

الله أكبر

Allahuakbar

Maksudnya: Allah Maha Besar

3. Membaca doa iftitah

اللهُ اَكْبَرُ كَبِرًا وَالْحَمْدُ لِلهِ كَشِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَاَصِيْلًا . اِنِّى وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَالسَّمَاوَاتِ وَالْااَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا اَنَا مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ . اِنَّ صَلَاتِيْ وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِيْ لِلهِ رَبِّ الْعَا لَمِيْنَ . لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَ لِكَ اُمِرْتُ وَاَنَ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

Allaahu akbaru kabiirawwalhamdu lillaahi katsiiraa. Wa subhaanallaahi bukratawwa aashiila. Wajjahtu wajhiya lilladzii fatoros samaawaati wal ardha haniifam-muslimaa. Wamaa anaa minal musyrikiin. Inna solaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiin. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin

Maksudnya: "Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. 

Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu dengan-Nya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku daripada golongan muslimin."

4. Membaca Al-Fatihah dengan tartil dan dilafazkan

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِاَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِیْنَ(1) الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِ(2) مٰلِكِ یَوْمِ الدِّیْنِﭤ(3) اِیَّاكَ نَعْبُدُ وَ اِیَّاكَ نَسْتَعِیْنُﭤ(4) اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِیْمَ(5) صِرَاطَ الَّذِیْنَ اَنْعَمْتَ عَلَیْهِمْ ﴰ غَیْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَیْهِمْ وَ لَا الضَّآلِّیْنَ(7)

Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah hirabbil alamin. Arrahmanirrahim. Maliki yaumiddin. Iyya kana’ budu iyya kanasta ‘in. Ihdinas sirotol mustaqim. Sirotollazina an’am ta’alaihim ghairil maghdu bi ‘alaihim waladhollin

Maksudnya: “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam. Maha Pemurah,Maha Penyayang. Memiliki hari Pembalasan. 

Hanya kepada Engkaulah kami menyembah,dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang –orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang murka, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.”

5. Membaca mana-mana surah pilihan dalam Al-Quran mengikut kemahuan.

6. Rukuk sambil bertakbir

سُبْحَانَ رَبِّىَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ

Subhaa na rabbiyal a’zimi wabihamdih (diulang sebanyak tiga 3 kali)

Maksudnya: "Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifat-Nya yang terpuji."

Dalam keadaan ini kedudukan kedua-dua belah tangan mestilah diletakkan di atas kedua-dua belah lutut kaki.

7. I’tidal sambil melafazkan bacaan ini:

 سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ

Sami’allahu liman hamidahu robbana lakalhamdu

Maksudnya: "Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian."

8. Sujud sambil bertakbir dengan lafaz ini

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana rabbiyal a’la wabihamdih

Maksudnya: "Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya."

9. Bacaan duduk antara dua sujud

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافَنِي وَاعْفُ عَنِّي

Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku."

10. Sujud kembali sambil bertakbir. Selepas sujud kedua, bertakbir dan bangun untuk meneruskan rakaat kedua.

Rakaat kedua:

1. Bangun lalu meneruskan dengan rakaat kedua.

2. Membaca Al-Fatihah dengan tartil dan dilafazkan

3. Membaca mana-mana surah pilihan dalam Al-Quran mengikut kemahuan.

4. Rukuk sambil bertakbir.

5. I’tidal (bangun dari rukuk), sujud, duduk diantara dua sujud.

6. Bacaan sujud pada sujud terakhir kemudian digalakkan untuk membaca tasbih seperti di bawah sebanyak 40 kali:

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Laa ilaaha illaa anta subhanaka inni kuntu minaz zholimin 

Maksudnya: "Tiada Tuhan melainkan Engkau Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang-orang yang zalim.

7. Berdoalah segala apa yang hajat yang kita mahukan sewaktu dalam keadaan sujud itu.

8. Membaca tahiyat akhir

8. Memberikan salam

Doa selepas solat hajat

Bolehkah solat ini ditunaikan secara berjemaah?

Umumnya, solat hajat ini boleh dilakukan sama ada secara berjemaah artaupun bersendirian dengan niat dan permintaan yang sama.

Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi Rahimahullah: Boleh untuk solat sunat secara berjemaah dan boleh juga secara bersendirian. Kerana Nabi SAW melakukan kedua-duanya (kadang berjemaah dan kadang bersendirian).

Dan kebanyakan solat sunat baginda adalah secara bersendirian. (Rujuk Al-Mughni, Ibn Qudamah (1/442).

Syeikh Al-Buhuti Rahimahullah mengatakan: Solat sunat secara sembunyi itu lebih afdhal dan tidak mengapa untuk ia dilakukan secara berjamaah.

Kata Al-Majd dan selainnya: Melainkan jika ia dijadikan sebagai adat kebiasaan dan juga sunnah. (Rujuk Syarah Muntaha Al-Iradaat, Al-Buhuti (1/247).

Kelebihan solat hajat pada manusia

Solat hajat, juga dikenali sebagai solat istikharah, adalah solat sunat yang dilakukan dengan niat khusus untuk memohon bantuan dan keberkatan dari Allah dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau mencapai sesuatu yang diinginkan.

Berikut adalah beberapa kelebihan solat hajat:

1. Permohonan kepada Allah

Solat hajat adalah bentuk ibadah yang menunjukkan kita bergantung sepenuhnya kepada Allah dalam menyelesaikan masalah dan mencapai tujuan.

Ia merupakan cara bagi kita untuk mengingat bahawa Allah lah yang memiliki segala kuasa dan kita memerlukan pertolongan Nya.

2. Menguatkan hubungan dengan Allah

Melalui solat hajat, kita berinteraksi dengan Allah secara langsung dan merasakan kehadiran Nya.

Ia membantu kita memperkuat hubungan spiritual dengan Allah, memberikan ketenangan hati dan keyakinan bahawa Allah akan mendengar dan memenuhi permohonan kita.

3. Menunjukkan tawakkal kepada Allah

Solat hajat mengajarkan kita untuk melepaskan kekhawatiran dan mempercayai Allah sepenuhnya.

Dengan melakukan solat ini, kita menyerahkan urusan kita kepada Nya dan meletakkan keyakinan penuh bahawa Allah akan memberikan yang terbaik bagi kita.

4. Mengingatkan kita tentang pentingnya doa

Solat hajat mengajarkan kita tentang kekuatan doa dan betapa pentingnya berkomunikasi dengan Allah.

Ia mengingatkan kita bahawa kita boleh memohon pertolongan dan keberkatan Nya dalam setiap aspek kehidupan kita.

5. Memberi ketenangan dan kelegaan

Melakukan solat hajat membantu mengurangkan kegelisahan dan memberikan ketenangan hati.

Ia memberikan rasa kelegaan dan keyakinan bahawa kita telah melakukan segala yang mungkin dalam keadaan kita dan sekarang bergantung pada Allah.

6. Peningkatan kesabaran dan redha

Solat hajat juga membantu meningkatkan kesabaran dan redha terhadap ketentuan Allah.

Ia mengajarkan kita bahawa keputusan akhir berada di tangan Allah dan kita harus menerima dengan hati yang redha.

7. Peningkatan spiritual dan kesedaran diri

Solat hajat membantu kita meningkatkan kesedaran diri dan kepekaan spiritual. Ia melibatkan introspeksi diri, merenungkan keperluan kita, dan mengarahkan fokus kita kepada Allah.

Semoga perkongsian mengenai cara solat hajat ini dapat memberikan pembaca semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan dalam melakukan ibadah.

Sumber:

  1. Al-Kafi #656: Solat Hajat Secara Berjemaah. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Panduan Lengkap Solat Hajat dan Doa Solat Sunat Hajat. Tanya Ustaz
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.