Surah An-Nas (الناس) : Teks Arab / Rumi & Kelebihannya

Pada kali ini akan dikongsikan mengenai Surah An-Nas secara lengkap beserta maksud dan kelebihan jika mengamalakan .

Anda akan dibimbing secara lengkap bagi bacaan surah ini ayat demi ayat. Bantuan audio juga turut disediakan sebagai panduan bagi memudahkan para pembaca untuk membacanya.

Pengenalan Surah.


Surah An-Nas ini terdiri daripada 6 ayat di dalamnya.

Surah ini merupakan surah yang tergolong antara surah-surah Makkiyyah, surah ini juga merupakan surah terakhir yang terdapat di dalam al-Quran iaitu surah yang ke-114 selepas surah al-Falaq.

Nama An-Nas ini diambil daripada perkataan “An-Nās” yang yang disebut secara berulang kali pada setiap akhir ayat surah ini yang membawa maksud “manusia” .

Ayat-ayat dari surah An-Nas ini adalah berkaitan dengan keimanan.

Asbabun Nuzul Surah An-Nas


Penurunan surah an-nas ini menberikan mengenai seorang Arab Yahudi bernama Labid ibn Asim ini adalah seseorang yang merupakan antara orang yang telah mengenakan Ilmu Hitam (sihir) kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Dia telah mengambil rambut baginda dan membuat sebelas ikatan (simpulan) dan meletakkanya di bawah batu berhampiran telaga bernama Zarwan. Akibatnya, Nabi Muhammad s.a.w. telah mengalami kekeliruan dan was-was tentang perkara yang telah dilakukan dan belum dilakukan baginda (walaupun ia tidak mempengaruhi ajaran dan sifat kenabian baginda).

Maka, malaikat Jibril turun menghadap baginda dan memberitahu perkara yang sebenar dan menyampaikan dua surah iaitu Surah al-Falaq dan Surah An-Nas. Baginda bersama para sahabat baginda pergi ke telaga tersebut dan mengalihkan simpulan rambut tersebut. Ketika setiap kali surah ini dibaca, simpulan itu terurai dengan sendirinya dan ketika simpulan yang kesebelas terurai, baginda telah bebas dari pengaruh ilmu hitam tersebut.

(Rujukan: Tafsir Ibn Kathir & Ma’arif al-Qur’an)

Bacaan Teks Surah An-Nas


surah an-nas
Bismillahir Rahmanir Rahiim

surah an-nas
Qul a‘uuzu birabbin-naas

Maksudnya:

Katakanlah ” Aku berlindung kepada (Allah) pemulihara sekalian manusia.

surah an-nas
Malikin-naas

Maksudnya:

Yang menguasai sekalian manusi,

surah an-nas
Ilaahin-naas

Maksudnya:

Tuhan yang berhak disembah,

Min yarril-waswaasil-khannaas

Maksudnya:

Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang timbul tenggelam,

Allazii yuwaswisu fī ṣuduurin-naas

Maksudnya:

Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia

Minal jinnati wan-naas

Maksudnya:

Daripada kalangan jin dan manusia.”

Kelebihan Surah An-Nas.


Surah ini adalah satu surah yang menganjurkan kita sebagai manusia untuk memohon pertolongan hanya kepada Allah S.W.T dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.

1. Surah An Nas ini merupakan salah satu daripada ‘Al Mu’awwidzataini, iaitu dua surah yang mengandungi permohonan perlindungan.

2. Surah An Nas ini juga adalah dianggap surah penenang dan penerang hati.

3. Surah An Nas, jika dibaca sebanyak 1000 kali, boleh menjadi pengasih dan daya penarik.

Daripada Aisyah r.ha. katanya :

“Nabi SAW apabila ke tempat hamparan tidur setiap malam baginda menatadah kedua tangannya kemudian menghambus kedua tapak tangan lalu membaca surah Ikhlas, surah Al Falaq dan surah An Nas kemudian baginda menyapu ke bahagian badan yang dapat dicapai oleh kedua tangan, baginda memulakannya dari kepala, muka, dan bahagian badan yang dapat dicapai. Baginda melakukan seperti demikian sebanyak tiga kali.”
(Hadis Riwayat Bukhari)

Penutup

Semoga denga perkongsian yang diberikan mengenai surah an-Nas dalam teks Arab dan Rumi ini dapat membantu anda yang sukar membaca / sedang belajar mengenal al-Quran untuk memberikan semangat kepada anda belajar al-Quran.

Sememangnya penggunaan bacaan dalam tulisan rumi adalah kurang tepat dari segi sebutan, namun saya berharap panduan ini dapat membantu sedikit sebanyak saudara-saudari sekalian yang memerlukan bantuan sebegini bagi memudahkan lagi pembacaan dengan kemudahan yang disediakan seperti translator dalam rumi dan audio yang disediakan.

Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.